PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Konsert di Arena of Stars
Menerusi hantaran akaun Instagram era.je, konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
“Persembahan julung kali di Arena of Stars, Resorts World Genting akan menzahirkan konsep persembahan cinta setinggi awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri.
“Persembahan kali ini sebagai satu medium untuk beliau membuktikan rasa cinta dan sayang beliau kepada para peminat,” tulis Era pada ruangan kapsyen.
Peminat teruja
Sementara itu, ruangan komen telah dibanjiri dengan komen peminat yang tidak sabar menanti harga tiket yang akan mula dijual pada 25 April 2024 (Khamis).
“Nervousnya nak tahu harga Genting."
“Ya Allah Genting, mesti harga premium."
“Tolong bagi peluang yang tak dapat beli tiket hari tu."
Nantikan pembelian tiket di rwgenting.com dan myticket.asia pada 25 April 2024 (Khamis).
Sekadar info, sebelum ini Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Siti Nurhaliza yang telah berlangsung pada 9 Mac lalu telah habis terjual dalam tempoh dua jam. -Gempak
Gempak
Thu Apr 18 2024
Persembahan julung kali di Arena of Stars, Resorts World Genting akan menzahirkan konsep persembahan cinta setinggi awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri. -Gempak
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.